masih terkenang lagi di minda sang ketam
saat dimana dirinya menetas dari telur
buat pertama kalinya dia merasa betapa masinnya air laut
buat pertama kalinya dia mendengar deruman ombak memukul pantai
saat pertama dia mula berkata-kata
mahu mengubah lumrah ketam katanya
mahu mengubah tabii alam ketam katanya
dengan fikiran yang cetek itu
tanpa bertanya dan berguru
sang ketam cuba mengubah lumrah dirinya
mahu berjalan ke hadapan katanya
tidak mahu lagi ke sisi
ke kanan atau ke kiri
dan itulah yang dilakukan oleh sang ketam setiap hari
pagi petang senja malam
semuanya dihabiskan dengan rutin harian
menggerakkan kaki satu demi satu
cuba untuk menuju ke hadapan
dan setiap hari jugalah usianya semakin meningkat
dan setiap hari jugalah adik-adik abang-abang kakak-kakak serta saudara-maranya
yang hilang entah kemana, mungkin ke periuk Gordon Ramsay
kini usianya mencecah 250 tahun dalam kalendar ketam
namun tak pernah dia dapat mengubah lumrah itu
lumrah untuk berjalan ke hadapan
selama usianya itu
dia tidak pernah tahu untuk berbuat benda lain
melainkan cuba untuk berjalan ke hadapan
dan itulah yang akan dilakukan oleh sang ketam setiap hari
cuba untuk mengubah lumrah alam
jom la ketam...
ReplyDeletemodern kot??
hakhak...
hak hak pulak dah..
ReplyDelete