Wednesday, December 19, 2012

and so

Lets just say, this blog have been reconstructed to suite its genuine purposes. =) 

Thursday, July 12, 2012

jaga

jaga-jaga, ada lubang disana.

Tuesday, July 10, 2012

mimpi

mimpi apa nih? pelik nak mampos.

Monday, July 9, 2012

one piece

dan kalau setiap episod anime one piece lu rasa sedih sampai nak nangis
gua syak lu ada masalah hormon
tak pun lu dah nak mampos.

gua syak ja. syak gua ni bukannya betul pun. hak.hak.

Sunday, July 1, 2012

tangan

dan sebelah tangannya mengenggam pisau
dan yang sebelah lagi menggenggam sehelai nota
dan penuh bajunya berlumuran darah


dan tidaklah dia mengetahui apa yang telah berlaku
dan tidak pulak dia mengetahui apa yang akan berlaku


dan duduklah dia disitu
menunggu pengadilan dan perbicaraan
tanpa sebarang memori
tanpa sebarang pemahaman.


Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Monday, June 18, 2012

kalau tak tau

kalau tak tau,
ni nak bagi tau..

2 x 5 pun suploh
5 x 2 pun subloh

lani dah tau kan?
sama tak? sama tak?
sama le tewww~

Tuesday, May 29, 2012

diadahblow


Oh Diablo III why
because fuck you, that's why..

Sunday, May 20, 2012

Pecah Rumah

ni bukan pecah rumah lagi dah, pecah stor, pecah gudang, pecah depo, pecah kaca pecah gelas; punya muka. lu tak boleh cari balak elok-elok skit ka muka tu?

hakhak..sedih tengok sepupu-sepupu yang baru nak membesar punya balak.. untung laaa budak-budak muka pecah rumah lani. market tinggi. =p

Saturday, May 5, 2012

menahan diri

menahan diri
ya itulah yang aku cuba buat
selalunya gagal
tapi tak semestinya gagal selamanya
bantulah hambaMu ini ya Allah.

Friday, May 4, 2012

lapang dada

kalau lapang dada tu macam beli keledek dekat market, dah lama aku borong 40 lori.

kalau lapang dada tu macam pancing ikan dekat laut, dah lama aku bawa balik 60 bakul berisi ikan.

kalau lapang dada tu macam ponteng kelas, dah lama aku ponteng kelas OBG 8 minggu.

tapi masalahnya..lapang dada tu macam muka adik tiri tempe yang duduk sebelah rumah bapak hang.. tengok pun aku tak penah..kenal lagi la tak.

Monday, April 30, 2012

=/

O Allah help us
O Allah help me

Tuesday, April 3, 2012

kerajaan 2

Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun. 67:2


ayat yang masih sama. tapi dengan lebih penghayatan dan pengertian yang berbeza-beza. 

Friday, March 30, 2012

O

O. Allah..
Help me
Help us
Adoi.. =/ bala bala..

Thursday, March 29, 2012

Kerajaan

Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun. 67:2

dan sejauh manakah kita berlumba demi mengejar amalan kepada Yang Esa? atau kita hanya sekadar berlegar-legar dalam kitaran hidup duniawi yang langsung tidak membawa apa-apa erti dan manfaat di hari akhirat kelak. dan terus hanyut, kalah dalam ujian Allah di atas muka bumi. lalai, leka dan penuh dengan dosa dan maksiat.

dan ingatlah ajal dan maut itu sudah ditentukan ianya tidak akan cepat atau lambat walaupun sesaat.

dan seluas mana kubur kita nanti? dan secerah mana kubur kita nanti?

dan sebanyak mana peluh kita nanti? dan selaju mana lintasan titi sirat kita nanti?

dan apa pula akan kita bawa mengadap Allah di akhirat kelak? adakah kita hanya akan terlepas dari segala azab dengan berlengang kangkong? adakah segulung ijazah MBBS? atau dua gulung ijazah MBBS dan BioMedic sudah memadai?

dan ini adalah peringat. peringat untuk aku. mestila peringat untuk aku, kalau peringatan untuk tom aku tulis kat blog dia la kan. tak kan nak tulis kt blog aku. hak hak.

aku yang selalu lalai dan leka dengan mainan dan kecantikan dunia. =\




Monday, March 26, 2012

cursed cycle

and they said it's a 'cursed cycle'
and I say, 'curse' is just another name you created
to hide your poor judgement..

Monday, March 12, 2012

jari

dan kemana lagi hendak kau menuding jari itu
selain tidak ke muka-muka orang lain..

Thursday, March 8, 2012

anak

dan bila member-member seangkatan denganku mula bermain-main dengan anak..
aku cuma mampu bermain-main dengan anak kechil di hospital..
chumel-chumel..
 rasa nak culik..
bela kat balkoni belakang rumah..

Tuesday, March 6, 2012

lost

and I have lost all my faith in u, pediatric..  

Monday, March 5, 2012

dan kita

dan kita hanya mampu mempertikai dan membangkang
tanpa sedikit pun membantu dalam menyelesaikan..

Monday, February 27, 2012

lalai

dan tidak pula ia seindah seperti yang diimpikan
dan tidak juga ia seperti yang diperlekehkan..

Saturday, February 25, 2012

dan apabila

Apabila langit terbelah
Dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan
Dan apabila lautan dijadikan meluap
Dan apabila kuburan-kuburan dibongkar
(Maka) setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikan(nya).

82:1-5

Sunday, February 19, 2012

bertuah

dan duduklah dia di dalam senyap sepi bersendirian sambil memerhatikan gelagat dan karenah mereka..
lalu berkatalah dia kepada diri sendiri.. bertuahnya aku kerana tidak bersama mereka..

Thursday, February 16, 2012

hilang

dan apabila mereka mencari sesuatu yang tidak kelihatan pada mata secara zahirnya, maka mereka menggelarnya dengan gelaran itu...

Friday, February 10, 2012

kandang-kekandangan

kadang-kadang perbuatan itu lebih mudah dari kata-kata
dan itu hanyalah boleh diaplikasikan untuk :- kadang-kadang

Sunday, February 5, 2012

senang

bukan senang nak senangkan diri. ingat senang-senang ja nak dapat duduk senang? tak sesenang itu. nama ja senang..tapi sikit pun tak senang... haish senang..senang..

Friday, January 27, 2012

sound

woahh..
this is the world of one sound..

Thursday, January 26, 2012

kelas sakit jiwa

dan mereka-mereka yang pernah menghadirkan diri ke kelas psychiatry pasti tidak terlepas dari merasa yang diri mereka turut sama mempunyai masalah jiwa dan raga..

Monday, January 23, 2012

counting days

counting days, now, that is just wrong..
count your carbs and calories too..
day 7, damn hard.

Saturday, January 21, 2012

ahad

dan hari ahad pun tiba sambil mentertawakan aku..