Saturday, February 27, 2010

kawan - menangis dalam ketawa

kawan adalah satu individu yang akan bersama anda mengisi ruang-ruang kosong dalam diri anda di masa anda senang mahupun susah. Tetapi adakah benar kawan mampu untuk melaksanakan seperti apa yang di istilahkan di atas? Jika betul niat berkawan itu.. kena pada landasannya maka kawan mampu menjadi seseorang yang mampu mengubah hidup anda ke arah yg lebih bermakna.




Adakah kawan hanya diperlukn tika anda di saat kemurungan atau kesedihan dan dicampak beribu batu bila mana anda dalam keriangan dan kegembiraan? bukankah tidak adil nmnya itu? memang benar keadilan bukanlah sifat peribadi yang ada pada diri setiap individu yang bergelar manusia.


Akan tetapi pernahkah anda berfikir sejenak, mengenang kembali pengorbanan dan pertolongn yang pernah dilaksanakn oleh insan yang bergelar kawan kepada diri anda atau anda tidak mungkin pernah berfikir sedemikian rupa kerana pada anda "dia hanyalah sekadar seorang kawan.. dan aku punyai berpuluh-puluh malah beratus-ratus kawan lain yang akan bersama aku".




Seandai itulah ungkapan yang selalu bermain-main di fikiran anda maka tidak hairanlah suatu hari nanti anda akan menerima nasib yang sama dengan apa yang telah anda lakukan terhadap kawan anda. Putaran dunia ini mudah.. ada matahari ada bulan, ada siang ada malam, ada jatuh ada naik..


Hari ini kau menangis, esok kau gembira..
Hari ini kau gembira, esok kau menangis..

Aku disini bukan hanya perlu hadir utk hari-hari yang dipenuhi tangisanmu..
Aku juga ingin hadir dalam hari-hari yang dipenuhi kegembiraanmu..




Kawan semestinya akan hadir dalam hari-hari kesedihan dan hari-hari kegembiraan anda. Tetapi mengapakah anda memilih untuk menghadirkan insan yang bergelar kawan hanya pada hari-hari kesedihan anda?

Adakah kawan hanya diperlukan untuk menenangkan jiwa anda?
Adakah kawan hanya diperlukan untuk melupakan kenangan pahit anda?
Adakah kawan hanya diperlukan untuk bila mana anda berada dalam keadaan buntu tanpa sebarang arah tuju?

Kemanakah perginya kawan itu bila mana jiwa anda tenang?
Kemanakah perginya kawan itu bila mana kenangan indah anda hadir?
Kemanakah perginya kawan itu bila mana ikatan buntu anda sudah terbuka dan segala jalan telah dibuka buat diri anda?




4 comments: