Sunday, January 9, 2011

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

anak kechil : wak, wak tak takut ka buat rumah kat tepi-tepi pantai nih? kan ka bahaya wak.

wak kordi : anak kechil, di mana-mana pun ada bahayanya. itulah anak kecil, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

anak kechil : wak agak-agak wak la kan, brapa lama rumah wak ni boleh tahan?

wak kordi : kenapa tanyanya begitu kok. wak mahu tinggal selamanya disini. inikan rumah wak.

anak kechil : ya la wak, mana tahu datang badai melanda. tak ka hancur musnah rumah wak.

wak kordi : hekkkk...kalau tsunami 50 meter tu pun wak tepis sebelah tangan. inkan pula badai kecil. wak tak layan.

anak kechil : (bapak kuat wak nih, tsunami sebelah tangan ja.) wak kalau tsunami tu bawa gang cemana wak?

wak kordi : wak solo kot. wak lawan solo la. wak tak main gang-gang ni. wak seorang diri. kalau wak tumpas, maka tumpas la. takda masalah, wak takda masalah kot.

anak kechil : abis siapa nak pertahan pantai kita wak? wak sorang ja harapan orang kampung ni.

wak kordi : anak kechil, sekali wak tumpas. tak mungkin wak tumpas selamanya. nanti pandai-pandai la wak belajar lawan dengan tsunami and the gang. wak kan takda masalah.

anak kechil : wak, wak rasa la kan...orang kampung ingat wak ni waras ka tak?

wak kordi : huh..wak tak kisah. apa orang nak cakap. waras, gila..itu nama yang orang letak. boleh ka mereka letak berapa peratus tahap kewarasan wak? wak sendiri pun tak boleh. inikan pula orang lain.

anak kechil : saya rasa nak jadi macam wak la. wak best.

wak kordi : jangan, jangan anak kechil. wak sendiri tak mahu jadi diri sendiri. wak mahu jadi burung. terbang di awan tinggi.

anak kechil : wak sekarang saya confirm boleh letak berapa tahap ketidakwarasan wak. 120% saya bagi. sumpah wak dah biol.

wak kordi : haha. nak kita tukar tempat nak? wak letak semua yang diminda wak ke minda kamu. tengok pulak kamu nak jadi burung ka nak jadi binatang apa pulak.

anak kechil : wak, kalau boleh saya nak ja wak letak semua masalah wak kat saya. tapi ya la kan.. saya hanya cuma anak kechil. tidak lebih dari itu.

wak kordi : haha. anak kechil oh anak kechil. semoga kamu cepat membesar, bukan fizikal, tapi diminda.


dipetik dari hikayat Singapura dilanggar tsunami jilid ke-7 siri bercakap dengan anak kechil.

2 comments:

  1. wak.belagak gila.xmo panggil gang.tau la solo.tp gang ada kot.bukan panggil awek pon.
    blagak sial wak.hahahahhahha

    ReplyDelete