aku tak la pandai sangat amik gambar.
tapi bila dah minat.
nak buat macam mana.
duduk di negara ni.
yang serba kebosanan dan ketandusan.
adalah baik jika kita ada sesuatu untuk 'distract' kita dari realiti sebenar walau hanya seketika.
ada orang memilih bermain 'game'.
ada yang pilih untuk memasak, makan tak ingat dunia.
walaupun tujuan sebenar ke sini adalah untuk belajar.
dan semakin hari, semakin jauh dari matlamat itu.
dan matlamat tu hanya nampak jelas bila time nak exam.
aku suka tengok gambar-gambar orang ambil.
bila tengok mesti ada sahaja yang nak di kritik.
ya lah, sekurang-kurangnya kita ada sesuatu nak cakap bila tengok gambar tu.
walaupun aku selalu simpan sahaja kritikan tu dalam hati.
cantik tu sebjektif, mungkin cantik pada pandangan aku tapi tidak pada pandangan orang.
masing-masing ada pendapat masing-masing.
apa yang aku harap.
suatu hari nanti.
aku tidak terjerumus dalam kategori orang-orang yang aku rasa amik gambar half-porn dengan model-model yang seksi.
cuba bayangkan 10 orang lelaki, upah sorang perempuan untuk jadi model dengan pakaian seksi.
pastu bila dah post gambar tu kat facebook, masing-masing bincang pasal perempuan tu.
ada yang puji seksi.
ada yang puji cantik.
padalah tu hanyalah gambar muka dan badan perempuan tu.
tidakkah dia rasa diri dia sedikit sebanyak macam pelacur yang dibayar untuk memperagakan aset dirinya?
aku tertarik dengan kata-kata Saiful Nang yang marah dengan orang yang selalu tag dia dengan gambar half-porn ni. ni quote dia yang aku ambil dari facebook : some people just shooting lousy photography of an almost VERY AMATEUR PORNOGRAPHIC but they called it "Model Shooting" or "Arts". Stop tagging me those pix - SN
bagi aku, ni bukan photografi tapi ni jalan-jalan kecil menuju ke arah industri porn.
mungkin fikiran aku tak sama dengan photographers tu, ya lah siapalah aku.
amateur yang nak mempertikaikan karya seni agong mereka.
cumanya ni hanya pendapat peribadi aku.
pendapat aku yang kolot dan tidak seopen-minded mereka.
satu lagi yang aku tak setuju adalah gambar pengantin yang ala-ala nak kena rogol.
serious kalau aku tengok gambar tu, benda pertama yang aku fikir adalah pengantin lelaki tu nak rogol pengantin perempuan tu.
dengan pandangan mata dia, dengan gaya tangan dia, dengan lentok badan dia.
seriously gayanya macam lepas ja snap gambar tu, terus pengantin lelaki tu rogol pengantin perempuan tu cold-blooded.
tak salah nak lahirkan gaya-gaya yang passionate dalam gambar. ya lah semua orang pun tahu yang kamu baru kahwin. tapi tak payahlah nak suruh pengantin buat gaya-gaya atas katil yang tak patut ditonton oleh masyarakat umum.
seperti yang aku cakap. ini hanya pendapat aku. mungkin aku dan mereka tidak melihat benda ni dari sudut yang sama. jadi kami ada pandangan yang berbeza. tapi sedikit sebanyak aku menitik beratkan pandangan agama. bukankah itu yang paling utama? walaupabagaimanapun, semua ni bergantung pada niat. pandai-pandai lah jawab kat akhirat nanti apa niat kamu untuk ambil gambar yang macam tu. haha.