Monday, February 21, 2011

Si Penutup Mulut Tempayan

si penutup mulut tempayan
tanpa disedari
itulah nama yang diberi
kepada Si Fari.

kerana setiap kalinya dia keluar dari rumah
dia akan bertemu dengan tempayan
ada yang besar
ada yang kecil
malah pelbagai rupa, corak dan warna
semua tidak serupa.

tempayan-tempayan itu
akan mengeluarkan bunyi
bunyi yang disangka enak bagi mereka
tetapi tidak bagi Si Fari.

kebanyakan orang
hanya berlalu sahaja tanpa menghiraukan
bunyi-bunyi dari tempayan-tempayan itu
semakin lama semakin kurang bunyi yang mereka dengar
tetapi tidak bagi Si Fari
kerana dia suka menutup mulut tempayan-tempayan itu.

hampir setiap masa
pasti ada penutup mulut tempayan di tangannya
sepert tempayan penutup juga berbeza dari saiz, rupa, corak dan warna
dan setiap kali dia menutup mulut-mulut tempayan itu
dan setiap kali itulah mulut tempayan itu akan membesar
mengeluarkan bau
seperti bau longkang.

jadi apa salah Fari disini?
salah dia, dia cuba ambil pusing benda-benda yang orang lain tak hiraukan
benda-benda yang orang lain rasa perkara kecil
dan dia besar-besarkan dengan harapan dapat menutup benda-benda itu
dengan sekelip mata.

kalau dah mulut tempayan pun susah ditutup, apatah lagi mulut orang. kan..kan..kan..





2 comments: