Wednesday, February 16, 2011

stigmas

hampir setiap hari
dia bangun pagi
petang
senja
atau
malam.

dia akan mula melakukan tugasan harian
mengutip stigma-stigma yang bertaburan di pantai
kadang-kadang stigma itu bersembunyi
tapi selalunya stigma itu berteraburan di depan matanya
begitu mudah untuk digapai
dan dijadikan koleksi berharganya.

dia akan bawa pulang
dan simpan di dalam peti rahsianya
dibawah katilnya
120 ribu tahun, itulah rutin hariannya
mengutip stigma di pantai.

namun itu semua dulu
sewaktu usia mudanya
dan bila 120 ribu tahun yang mematangkan
dia mula merasakan sudah cukup stigma yang dikumpul
tidak perlu lagi stigma tambahan.

dan dengan itu
dia mengunci peti stigmanya
dengan harapan semakin kurang stigma dalam dunia nyatanya
kerana kebanyakannya sudah terkunci mati dalam petinya.

namun, itu hanya tanggapannya yang berusia 120 ribu tahun
ternyata dia masih mentah
mana mungkin stigma akan berkurangan
ia ibarat keringnya air dari lautan.

dan sedikit demi sedikit
dia kembali memulakan rutin dahulunya
mengumpul stigma
ada yang disorok di bawah bantal
ada yang disorok dibawah katil.

dan stigma-stigma itu
sering menggangu tidurnya
dan tatkala itulah dia mula tersedar
dirinya hanyalah seorang pengumpul stigma
tidak lebih dari itu.

dan itulah yang akan dilakukannya
sehinggalah akhir hayatnya
kerana dia, si pengumpul stigma.

apa itu sebenarnya stigma?

2 comments:

  1. satu je gua nak komen kat entri lu ni...







    "heekkkkkkkkkk"

    ReplyDelete
  2. ada soalan kot. dh baca kena ja jawab. agak siket. mendalam maksud nih.

    ReplyDelete