Saturday, October 2, 2010

Takala Pak Akob Datang Menyinggah

pak akob: anak muda.. ooo anak muda..

anak muda: siapa? siapa itu?

pak akob: sudah lama tidak kita ketemu anak muda.. rindu benar rasa hati ini

anak muda: pak akobkah itu? apa benarkah tekaan aku ini?

pak akob: ya benar anak muda. ini aku..ini kau.. ini rahsia kita

anak muda: apa pula berita yang kau bawa kali ini orang tua? aku tidak faham.. mengapa perlu kau hadir disaat saat ini? apakah tidak kau tahu aku sedang bercuti sekarang ini? mengapa perlu kau membawa segala bencana diminda kau dan mencampakkan semuanya ke muka aku?

pak akob: anak muda... sabar anak muda. jangan cepat melatah. jangan cepat melenting. sengaja.. sengaja sahaja aku hadir..ingin menjenguk keadaan kau

anak muda: tidak perlulah wahai orang tua.. tidak perlu kau bermadah.. tidak perlu kau berselindung. aku kenal kau. kau adalah aku. apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai orang tua? khabarkanlah..

pak akob: baiklah jika itu yang kau mahukan. jika itu yang kau idamkan. jika itu yang kau inginkan. akan ku turutkan. akan ku khabarkan. dengarlah wahai anak muda. dengarlah nasihat si tua ini. .......... .......... ..........

anak muda: apa benar semua ini orang tua? jangan kau menguji aku.. jangan kau mempermaikan aku.. aku tidak berkenan dengan keadaan ini. keadaan dimana kau mengungkapkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.

pak akob: benar anak muda. benar.. mengapa perlu aku menipu? mengapa perlu aku berdusta? apa yang aku dapat? apa untung aku? aku hanya khabarkan apa yang aku rasa.

anak muda: mengapa kau membuatkan aku merasa yang kau begitu mentah wahai orang tua? itu sepatutnya ayat ayat yang hadir dimindaku. itu ayat ayat yang patut aku ungkapkan. mengapa ianya terpacul dari mulut kau?

pak akob: hahahaha. anak muda. tidak pernah wujud perkataan mentah dalam penilaian aku terhadap diri kau. begitu sukarkah bagi diri kau untuk membezakan kata kata yang mentah dengan kata kata yang jujur? walaupun kau adalah aku. tetapi kita melihat dari sudut yang berbeza. melihat menggunakan deria yang berbeza. tafsiran yang berbeza. ada kala kita sependapat. ada kala kita sepakat. tetapi itu hanya sesekali. realitinya kau dan aku setiasa berperang. perang diminda. perang yang tak berkesudahan. perang sehingga penghujungnya..

anak muda: orang tua..aku takut..

pak akob: aku faham. tidak perlu kau berbicara lebih. aku kan ada..aku akan sentiasa bersama kau

anak muda: baiklah orang tua. kali ini kita bersama dalam perkara ini. tapi ingat orang tua. jangan sesekali kau lupa. bila mana aku mendengar kata kata kau.. takala itulah kau bertanggungjawab ke atas segala yang bakal melanda. jika kau boleh mengugutku untuk mengherat ke arah kebinasaan bersama kau, jangan kau fikir aku tidak punyai keringat untuk mengeret kau pula.

pak akob: percayalah anak muda. percaya pada diri kau. percaya pada aku. kita boleh. kita sudah sepakat. kita sudah sependapat. kita hanya ada satu matlamat.

anak muda: kita tunggu dan lihat..

dipetik dari pak akob raja bersiung, jilid ke lapan hikayat siang menjadi ular malam menjadi manusia.

No comments:

Post a Comment