Sunday, November 28, 2010

peluang kedua

semalam aku tidur
bila bangun pagi, semuanya dah berubah
aku berada di Pulau Pinang
rumah lama aku yang berhampiran masjid
Masjid Shaik Eusoff namanya
tiada suara ini, tiada janggut dan misai yang sikit ini
yang ada hanyalah diriku yang berusia 12 tahun
masih suci, minda dan hati

muda, mentah, bingung
tapi peristiwa yang bakal berlaku hingga umurku 23 tahun
semuanya masih berada dalam ingatan aku
jalan-jalan yang bakal ku pilih untuk sampai ke Bangalore
tercengang aku
bagaimana ini berlaku?

semuanya ada di rumah, ayah, ibu, adik
belinangan air mata aku
adakah ini mimpi?
sudah jarang kami bersama
aku tak mahu lepaskan semua ini lagi

inikah peluang kedua?
termenung aku di dahan mempelam
tempat aku membuat khemah atas pokok
buntu

perlukah aku memilih jalan yang sama?
perlukah?
kalau ini terjadi, apa pilihan kamu?
apa?
apa?
apa?

soalan ini untuk orang yang ada keberanian, kalau kurang berani, jangan sesekali mencoba. walaupun untuk bermimpi. hak hak

5 comments:

  1. kurang berani la nak jawab bang...
    hakhak

    ReplyDelete
  2. tanpa keberanian mimpi tak bermakna. mwahaha. kalau kurang berani. cuba lagi tahun depan ya. bukan lama mn pn lg. lepak skit. isap rokok sebatang. hak..

    ReplyDelete
  3. wahai makhluk kudus, aku pun prnh fikir benda benda mengarut nie, tapi masa aku tgh down a, apa kau tgh down sampai nak bunuh diri?

    ReplyDelete
  4. move forward kafi, no turning back..

    ReplyDelete