Wednesday, December 29, 2010

gua manusia tak bermasalah

so apa masalah lu sekarang?
lu angkat semua.
lu baling ke muka gua.
gua manusia tak bermasalah kot.
boleh la gua share masalah lu.

so apa masalah lu sekarang?
gua boleh tolong kot.
lu cerita semua, sekarang jugak.
gua demand!!
gua manusia tak bermasalah kot.

cepat la.
lu tunggu apa?
oi gua cakap dengan lu kot.
oi oi.
gua manusia tak bermasalah.

Friday, December 17, 2010

cancer

cancer
a cell
its all started with a single cell
developed, multiplying, invading
resulting death
if it is not treated properly

same goes to an idea
single small thought
tiny little sense
doubtful thought
unstable thought
treat it properly

well this is just a reminder
from a friend ^^

Wednesday, December 8, 2010

lu nak nos? Gua boleh bagi bhai. -Dean List



dean list. gua tak tau macam mana gua boleh dapat. ya la kan. gua ni bukan jenis budak kaki study. kaki layan movie ada la. kaki main game. haa...semua tu kaki gua la.

tapi itulah yang pasti. suatu masa dulu gua penah dapat. cukup la tiga kali dapat. takkan la setiap sem pun nak dapat. kadang-kadang kita kena mengalah. bagi peluang kat orang lain pulak. kalau setiap sem nak dapat lu jadi mami la. hak. hak.



gambar kat bawah ni ada yang gua punya. ada yang gua rembat dari friendster suatu masa dahulu. haha.



gaya barb yang sampai hari ni pun sama. haha.




budak laki dan budak prempuan yang dapat waktu 1st sem dulu




geng budak perempuan






geng budak laki




rembat baju bapa gua. besar gila.




siri berjalan dengan syaitan





dak dak prempuan beratur amik makanan

Monday, December 6, 2010

cerita kita bertiga

ini cerita dulu-dulu. cerita muda remaja. cerita di seroja.

gua, tom ngn atok. gua tak ingat macam mana kombinasi ni boleh berlaku. tapi begitulah bermulanya cerita pada suatu malam yang tak berapa nak dingin dan tak berapa nak sunyi.

kalau tak silap gua tom ajak ke rumah nad masa tu. rumah 7. (eh betul ka rumah 7?. gua main rembat ja nih) siapa tak kenal. rumah budak-budak baik, gelaran bagi rumah tu. nak pinjam buku nad katanya. sesampai ja di rumah nad. gua kasi 'can' tom borak-borak dengan nad depan gate. gua layan sembang dengan atok. kadang-kadang gua usha jugak si budak tom ni. bukan boleh percaya kan. mana tau dia dapat makan ka..bleh gak gua dengan atok isi perut sekali.

selesai sahaja tom borak-borak, gua dengan atok pun mula la nak berangkat kaki. tiba-tiba nad cakap, farah mintak tolong pecahkan peti pos. takda kunci katanya. gua dengan budak-budak ni pun apa lagi. bab pecah-memecah ni, memang champion la. kadang-kadang tak payah suruh pun barai jugak barang-barang kat rumah kta orang. seperti kes atok pecahkan cermin tingkap store time main bola. tapi tu cerita lain la. sekarang ni gua nak fokus kat cerita ni.

orang dah mintak tolong kan. tak baik kalau tak tolong. gua pun 'kokak' la peti pos budak-budak ni. dah selesai rembat semua surat dalam tu, dan dalam perjalanan nak bagi semua surat-surat tu kad nad, atok dengan bijaksananya, betulkan semula peti pos tu. gua cakap la, oi tok cmna dak-dak ni nak amik surat kalau lu betulkan balik, bukan ada kunci pun. atok sambil garu-garu rambutnya yang sumpah bukan macam rambut sekarang pun cakap. ya tak ya kan. gua fikir kalau adik gua buat perangai macam ni. mau gua baling dalam gaung. tapi dah atok yang buat. gua tak dapat nak cakap apa. atok la katakan.

gua dengan semangatnya pun 'kokak' semula peti pos tu. tapi kali ni jari gua terhiris kat besi peti pos tu. mula-mula gua relax la. tiba-tiba darah keluar tak berhenti-henti, time tu gua dah rasa semacam dah. gua bukan boleh tengok-tengok darah time tu. tom dengan atok suruh pergi rumah budak perempuan. nak letak ais kat luka tu. sepanjang gua naik tangga tu yang tingginya dua tingkat, penuh dengan darah gua ja kt setiap anak tangga. lukanya tak la besar mana pun. darahnya melebih-lebih. sampai ja depan rumah nad, sementara tunggu nad nak buka pintu, gua dah boleh buat kolam dah darah tu. banyak nak mampos. ok banyak tu tak mampos la. gua kot yang nak mampos time tu.

nad cakap rumah dia takda ais, jadi dia pergi mintak kat rumah anal. maka berkoyan-koyan la budak perempuan keluar dari rumah untuk melihat peristiwa yang berlaku ni. tiga rumah, hampir semua keluar tengok. gua dah la tengok darah banyak, tengok pulak budak perempuan ramai. lagi la rasa nak pangsan.letak ais, letak air. tak nak berenti jugak darah tu. last-last mintak minyak gamat dari mun kalau tak silap. gua sapu tapi darah tak nak berenti jugak. jama pun datang la membantu. gaya jama time tu ala-ala kakak nak rawat adik. meh sini tangan tu, dia pun sapukan minyak. nasib darah berenti. kalau tak, gua rasa setiap budak perempuan kena amik turn kot nak sapu minyak. hak hak.

atok siap snap lagi beberapa gambar masa tu. gua memang tak cakap apa la kan. sebab dia kan atok. hahaha. inilah beberapa gambar yang berjaya di snap oleh atok.



anal datang memberi kata-kata semangat



pek ais yang digunakan



jama tengah sapu minyak

Sunday, December 5, 2010

Menilai dan memerhati

menilai sesuatu yang tak ternilai
memerhati sesuatu yang tak dapat dilihat

agak-agak kena minta bantuan uncle seekers tak?


Saturday, December 4, 2010

sikit lagi

bapa
ayah
abah
sikit saja lagi
dirimu bisa membuat
air-air jernih mengalir dari mataku
ku ingin kau bersama
melihat diriku berjaya

kita hampir serupa
berseorangan, di perantauan
yang ada hanyalah kawan-kawan
menemani hidup di tanah mereka

siapalah aku jika dibandingkan denganmu
segala pengorbanan
segala penat lelah
hanya ini yang mampu untuk aku cuba berikan
segulung ijazah yang belum pasti
segulung ijazah yang mampu mengukir senyuman di wajahmu

setiap hari aku cuba
meniti jejak yang ditinggalakan mu
dan setiap hari juga
adalah dipenuhi dengan hari-hari hampa
aku sudah rasakan yang kita tidak punya banyak masa

masih banyak yang aku perlu belajar darimu
masih banyak yang kau perlu didikku
tolonglah ada bersama
untuk anakmu yang lemah ini

tak sanggup aku meminta lebih
atas segala yang kau taburkan
biarlah ini
menjadi permintaan terakhir dariku
buat dirimu

dua benda yang dibuang jauh

tengok saja soalan test patho
gua rasa macam nak pukul orang
nak bunuh tempe
nak makan budak

bengang sangat dengan diri gua
yang tak pernah nak ambil pengajaran
dengan kejadian-kejadian lepas

dalam perjalanan balik ke rumah dari test patho
dah 73 orang tempe gua pukul
20 lagi gua baling dengan buku patho
ni smua gara-gara tempe yang suka hon macam orang gila kat atas jalan
dan suka lintas jalan macam ayam
toleransi gua dah tamat dah
gua dah tak boleh terima benda-benda ni lagi

dalam masa beberapa tahun lepas
gua berjaya tanam 2 benda yang gua rasa gua tak perlu ada
ego yang tak bertempat dan jeles dengan result orang yang power
gua tanam jauh-jauh dalam diri gua
letak dalam peti
gua kasi mati
letak dalam mode dormant

sekarang gua rasa gua perlu sangat kot benda tu
gua perlu benda tu untuk menghadapi final
kadang-kadang bukan tak bagus benda-benda macam ni
cumanya guna di tempat yang sepatutnya la kan
take advantage of your own disadvantage
itu gua rasa la

ok selamat tinggal benda-benda yang lagha
selamat tinggal benda-benda yang tak pasti
gua nak cuba pastikan satu benda ni dulu
pastikan gua lepas 2nd year ni
kalau gua lepas, benda-benda lain tu
kita kira hari lain pulak ya

itu pun kalau gua masih ingat la kan
gua berlagak kot
itu kata tom la
gua tak berlagak
gua cuma ego
canteklah ego dah kembali
hey u~ ego
haha. ok.. gua dah gila

Wednesday, December 1, 2010

tentang seseorang

kadang-kadang
masa merubah manusia
manusia yang suka menabur janji
janji dimulut dan bukan dari hati

aku ingin kau mengerti
tak mudah bagiku untuk berjanji
apatah lagi sesuatu yang tak pasti

aku ingin kau ketahui
takkan ku berganjak
takkkan ku bergerak
kaku
diam
membisu
ku hanya menanti saat tibanya hari itu

apa pun yang bakal terjadi
apa pun yang bakal berlaku
tiada jawapannya pada dirimu
apatah lagi pada diriku

namun tak salah kita mencuba
tak salah kita merancang
walaupun tuhan yang menentukan




Tuesday, November 30, 2010

jalan ke sana

masa aku kecil
dunia ini nampak mudah
semuanya baik
semuanya indah

bila mana aku mula mengenal mereka
mereka yang kadang-kadang membuatkan aku terleka
ternyata dunia ini fana
penuh dengan tipu dusta
penuh dengan syaitan dan dosa

aku cuba mencari jalan
jalan yang dulunya terbentang luas
jalan yang suci
jalan yang harus aku miliki

namun semuanya tak semudah dulu
ianya penuh dengan onak dan duri
kadang-kadang aku menang
tapi selalunya aku tewas
aku juga seorang manusia
punyai kelemahan
punyai ketakutan


Monday, November 29, 2010

tertipu lagi

pagi ini
aku bangun lagi
seorang diri, diatas katil

suasana sejuk menyelubungi diri
rupanya hari semalam adalah mimpi
tak mungkin wujud peluang kedua itu

segala apa yang berlalu
semua itu dinamakan sejarah
aku tak dapat mengubah masa lalu
yang ada hanyalah masa sekarang
yang bakal membentuk masa depan

sejarah yang lalu telah membawa aku kesini
kata orang, belajar melalui sejarah
tapi bagaimana kalau sejarah berulang?



Sunday, November 28, 2010

peluang kedua

semalam aku tidur
bila bangun pagi, semuanya dah berubah
aku berada di Pulau Pinang
rumah lama aku yang berhampiran masjid
Masjid Shaik Eusoff namanya
tiada suara ini, tiada janggut dan misai yang sikit ini
yang ada hanyalah diriku yang berusia 12 tahun
masih suci, minda dan hati

muda, mentah, bingung
tapi peristiwa yang bakal berlaku hingga umurku 23 tahun
semuanya masih berada dalam ingatan aku
jalan-jalan yang bakal ku pilih untuk sampai ke Bangalore
tercengang aku
bagaimana ini berlaku?

semuanya ada di rumah, ayah, ibu, adik
belinangan air mata aku
adakah ini mimpi?
sudah jarang kami bersama
aku tak mahu lepaskan semua ini lagi

inikah peluang kedua?
termenung aku di dahan mempelam
tempat aku membuat khemah atas pokok
buntu

perlukah aku memilih jalan yang sama?
perlukah?
kalau ini terjadi, apa pilihan kamu?
apa?
apa?
apa?

soalan ini untuk orang yang ada keberanian, kalau kurang berani, jangan sesekali mencoba. walaupun untuk bermimpi. hak hak

kotak hitam yang tak pernah musa miliki



kotak hitam aka black box

gua syak inilah kotak hitam yang paling penting sekali yang perlu musa miliki.
dengan adanya kotak hitam nih, barulah musa boleh menyelidik kembali bagaimanan berlakunya crash atau clash? gua pun tak berapa pastilah. tapi yang penting sekali bukan crush la. tapi malangnya musa tak sempat nak rembat sebijik kotak hitam ni dari kedai bashir.

kata-kata keramat member gua masih tergiang-giang sehingga ke saat ni di cerobong telinga gua.
" kalau satu couple break, pasti akan ada satu couple baru"
perghhh..serious terjadi, gua tak tipu. gua main HON punya orang!





Friday, November 26, 2010

blog review

sekarang ni bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.
begitulah juga munculnya blog-blog yang bakal mengegarkan lecture hall, kelas tutor, lab petang- petang dan kedai bashir dengan gelak ketawa ala-ala sakai yang sakit jiwa raga.
bukan gua cari tapi gua terjumpa link-link yang bakal merosakkan minda dan pemikiran budak-budak berusia belasan tahun mahupun si bapak budak.




awas. ingin gua tegaskan disini yang blog-blog seumpama ini adalah sesuai dibaca dikala petang hari sambil menikmati biskut kering cicah teh sambil menonton sinetron di tv. ingat ini adalah amaran dari gua, kalau lu nak baca time lu tengah down gua tak berani tanggung kesannya. lu tanggung la sendiri. orait.

Thursday, November 25, 2010

Ini lebih laju dari 200km/j

hari ini aku nampak dia lagi
walaupn dia tak endahkan aku
namun aku pasti dan pasti akan memerhatikannya

hampir setiap minggu
kami bertemu
tapi tahukah dia kewujudan aku?
atau sengaja dia tak ambil tahu akan diriku

aku tak kesah
aku terima seadanya
siapalah aku kalau nak dibandingkan dengannya
popular bagai artis

aku dah tak dapat tahan lagi rasa ini
rasa ingin mengetahui semua tentang dirinya
rasa ingin memahami isi hatinya
ingat, ini lebih laju dari 200km/j yang diwawarkan di blog blog lain

semua orang pun nak tengok dia
semua orang pun nak dekat dengan dia
oh slide patho bila agaknya aku bisa memahamimu


Wednesday, November 24, 2010

aiman ada kawan

aiman ada kawan
ramai sangat kawan aiman
aiman rasa hobi aiman berkawan
tapi itu hanya rasa aiman
apa pula rasa orang?

aiman ada kawan
tapi sekarang dah tak ramai kawan aiman
bukan aiman pilih kawan
tapi, kata ibu berkawan ada batasnya.

aiman ada kawan
kadang kadang aiman lupa niat aiman
kadang kadang aiman leka batas aiman
aiman pun manusia
mestilah ada salah dan silapnya.



Monday, November 22, 2010

kasih ibu buat atan

tidakkkkk!!!!
tidakkkkkkkkk!!!! jerit milah..
jangan tinggalkan milah bu.
milah sayang ibu. ibu tak sayang milah? ibu tak sayang atan?
atan yang baru berusia 6 tahun hanya mampu meraung. berlinangan air mata..
7 hari 7 malah milah dan atan menangis. berpelukan dalam kegelapan dan kesejukan malam di dalam hutan.
maka kerana terlalu banyak sangat menangis, terbentuklah tasik dari air mata mereka.

ini semua angkara atan.
atan gemar bermain busut di belukar.
pantang nampak sahaja busut pasti atan akan pecahkan.
mahu mencari harta karun katanya.
tapi atan masih budak.
atan tak patut disalahkan. bisik hati gundah milah.

setiap malam pasti atan akan diganggu lembaga.
tapi sejak semalam lembaga itu tak nak tiggalkan atan sendirian.
meracau atan sepanjang malam.
aku dah malas nak bina busut baru. semua dia nak pecahkan. apa dia ingat aku tiada kerja lain selain membuat busut? boring tau tak membuat busut. seperti menunggu doktor time posting. boring tahap gaban. aaaahhhh.....aku tak peduli. kali ni aku nak nyawa. kalau tidak mati budak ni aku kerjakan. marah lembaga itu.

lembaga itu bukan calang calang lembaga
dia ada banyak ilmu
ilmu perubatan khabarnya
3 tahun dia belajar di hutan
5 tahun lagi dia sambung belajar di rimba
dengan berat hari dan sebak didada
terpaksalah ibu gantikan tempat atan
merelakan nyawanya diragut demi anak tersayang

barbarajames

ini cerita pasal barbarajames
anak kepada samanthajohn
dia muda, cantik, remaja tapi dah tak dara
anak dah ada 3
ya la mesti lah dah tak dara

ini cerita pasal barbarajames
james lakinya, penagih dadah tegar di canada
23 kali masuk pusat serenti
tapi masih tak berhenti
selalu sangat barbarajames tawar hati

ini cerita pasal barbarajames
bukan sengaja dia lari
bukan sengaja dia tinggalakan anak-anaknya kepada samanthajohn
dia sakit
bukan darah tinggi
bukan sakit hati
tapi dia bakal mati
itulah yang pasti

dia mengidap AIDS
semuanya dari james
sebab itu dia lari
membawa diri
menyepi
seorang diri
sampai mati

bukan dia mintak sakit tu
bukan juga dia cari
tapi ianya datang sendiri
terpaksa lah dia harungi
liku liku hidup seorang diri

dia tak nak anaknya tahu
dia tak nak samanthanjohn tahu
biarlah semua ini
dia yang tanggung sendiri
sampai dia mati


hah

my best friend's girl
nice movie

Sunday, November 21, 2010

jom jom

jom jom kita pakat ramai ramai buat kacau kat blog
ya la kan takkan la nak buat kacau kat page facebook orang ja kerja
tak revolusi langsung macam tu. hak hak

pak usen dan tembok batu

pak usen kongo,
lima dit asam ko,
bapak hang negro,
bapak aku hero.

kedengaran kanak-kanak memerli si danial 7 tahun 6 bulan di depan kedai pak usen. dari jauh kelihatan raut wajah danial 7 tahun 6 bulan yang agak sedikit bengang. hoii..celaka jebon.. kedengaran suara danial 7 tahun 6 bulan membalas ejekan itu.

ejekan sebegini sudah biasa terkena pada si danial 7 tahun 6 bulan disebabkan dia begitu rapat dengan pak usen. pak usen tak kesah. pak usen sukakan si budak danial 7 tahun 6 bulan. kalau ada anak, aku nak anak yang serupa dengan si danial 7 tahun 6 bulan ni..comel, baik, ringan tulang bentak hati tua pak usen.

10 tahun dulu, masa muda pak usen, siapa yang tak kenal. jejaka idaman kampung. sehinggakan awek-awek dari 5 buah kampung bersebelahan pun datang ke kedai runcit pak usen. pak usen layankan aja. jangan ditolak rezeki katanya. tapi disebabkan sikap melayan pak usen, awek-awek mula ragu dengan pak usen kerana pak usen tak pernah nak serius. bila masuk soal kahwin. mulalah pak usen start enjin moto honda bulatnya dah blah. walaupun dia sedang berada dalam 'date'.

sekarang tiada lagi awek-awek. semua yang seusia pak usen sudah jadi mak-mak budak. yang tinggal hanyalah mak lijah. janda hujung kampung. pak usen mengorak langkah. memasang strategi, daripada aku bujang hingga ke tua. baik aku rembatkan aja janda ni.

berbekalkan niat nak berbini. mulai saat itu, siapa sahaja yang datang ke kedai pak usen pasti aku disoal mengenai janda lijah. daripada si danial 7 tahun 6 bulan sampai lah ke bapak si danial 7 tahun 6 bulan. semua tidak pernah terlepas dari soalan itu bila menyinggah di kedai pak usen.

siapa yang mempunyai 'info' mengenai janda lijah. pasti aku dibelanja jajan supering oleh pak usen. maka sebab itulah berbondong2lah orang kampung menyinggah kedai pak usen. ada berita yang benar, ada yang palsu. pak usen terima sahaja semuanya. mahu menilai katanya.

tapi sejak semalam pak usen risau. risau dengan kehadiran tembok batu di depan kedainya. bukan sahaja kehadiran tembok itu mengganggu aktiviti perniagaan pak usen malah mengganggu aktiviti mengorek 'info' dari orang kampung.

celaka kau tembok. apa kau buat di depan kedai aku ni? marah pak usen
aku tembok kot. kau tanya aku sebab apa? tanyalah orang yang buat aku. balas si tembok celaka.
tergamam pak usen dengan jawapan tembok celaka. siapa yang pacakkan kau di depan kedai aku? soal pak usen.
hehehe, - ujar tembok batu celaka itu dengan keadaan selamba sambil menggaru2 bahagian ari2nya.


Saturday, November 20, 2010

hari semalam

rasa macam,
apa yang aku buat,
semua tak menjadi,
semuanya tak kena.

senyuman dibibir,
hanyalah dusta semata,
untuk menenangkan,
hati yang tak tenteram.

moga hari semalam,
tak akan muncul pada hari ini,
datang mengganggu hidup aku lagi,
pergi pergi pergi,
pergi mampus.

never too late



and i have left alone
everything that i own
to make you feel like
it's not too late
it's never too late

even if i say
"it'll be alright"
still i hear you say
you want to end your life

keberanian

aku cuma ada keberanian untuk tulis benda benda sebegini hanya di blog aku

aku harap, suatu hari nanti, aku akan ada keberanian untuk tulis benda benda sebegini ke muka kamu

Friday, November 19, 2010

Bosan

bosan tahap kalau gua tidur
hari isnin baru bangun ni.

unexplained problems

my friend has a problem that he cannot explain,
you has a problem that i can explain,
now can you explain my problem?

1 antara 2

sekarang gua bagi lu pilih.
lu nak 1 ka lu nak 2?
kalau lu nak pilih dua2.
gua rasa gua nak pilih 10.
puas hati.
haha.

wonder la

for 23 years and still counting,
sometimes i just wonder,
what is feels like,
to love someone with all you heart?
haha. maybe its only just a tale.

Thursday, November 18, 2010

Bak kata mami

bak kata mami semua orang gila.
bak kata gua,
semua orang ada gila dalam diri masing masing.
hanya orang gila ja yang tunjukkan gila dia.

Tuesday, November 16, 2010

lagi pos pasal hari raya

selagi gua tak ada kat rumah
selagi gua tak bersama keluarga
selagi gua tak makan masakan mak dah bapa gua
selagi itulah
hari itu tidak dianggap hari raya

kepada sesiapa yang ingin menyambut hari raya,
gua ucapkan selamat hari raya aidil adha.
moga apa yang kita korbankan di masa hidup ini,
dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak.
amin.

Monday, November 15, 2010

When in Bengaluru

from the first blush of the morning
till the beginning of dark hours
light comes
light goes
it is just like a loop
not an ordinary loop
more like a never-ending-loop-of-sorrow

if you ignore it
if you neglect it
it will harm you
it will hurt you
it will hunt you down and eat you alive

even if it looks like a speck on a tiny pebble
or if it looks like a turd on an avenue
well you ain't gonna say that it is not there
because the fact of the matter
it is still there

waiting
anticipating
for you
to stumble on it
to declare the new war
war against your mind and soul
the war that neither you nor them can win

easy for others to witness
even easier for some to talk about it
but hey
what would you do?
yes i'm asking you!
since you like to talk shit..
since you claimed you know all in all
cmon' tell me something
something real
something concrete

so now you're mused?
so now you don't have your big maw of shit?
bla bla bla big F on your head man!

Sunday, November 14, 2010

snap snap you snapper

yo yo yo
snap back to reality
all this while you've been living in a fantasy
wrapped nicely by lying and denial
it's time to choose
time to be ready



007

kalau lu tak bangun dari tidur macam mana lu nak melihat dunia sebenar?
baik lu bangun sekarang sebelum gua simbah lu dengan sebaldi air ais. hak hak.

Saturday, November 13, 2010

Panduan Hidup D Tanah India

teett.. teett..teett..

kedengaran bunyi UPS gua. tak syak lagi. putusnya bekalan yang dinamakan api bak kata orang dulu dulu. kalau orang sekarang panggil elektrik la kot kan. bingkas gua bangun dari katil sambil memaki sepatah dua kehadapan tempe yang bertanggungjawab sambil shutdown pc gua. gua palingkan muka ke katil dan sambung tidur. menurut sumber sumber yang boleh dipercayai waktu masa kejadian tu adalah kira kira 10 pagi waktu tempe.


3 jam setengah sebelum waktu kejadian - jam0630

gua cuba menidurkan diri walaupun cahaya matahari sudah mula kelihatan. tidak lupa juga kehadiran suara suara tempe yang lantang dan bising bagai gagak kehilangan teruna. 6.30 pagi dia dah mula buat bising pasang rumah sebelah rumah gua. mahu bina rumah 6 tingkat katanya. aktiviti aktiviti sebegina bermula sejak tiga minggu lepas.

gua dah tak boleh tahan lagi dah hidup macam ni. dari 6.30 pagi dia mula sampai 6.30 malam baru dia senyap. tu belum kira tempe yang bergaduh dengan tempe lain, tempe yang marah anak dia untuk ke sekolah dan tempe yang datang jual apa kejadah pagi pagi buta.

ingin gua tegaskan disini yang gua bukanlah makhluk yang aktif dipagi hari. gua lebih suka menyelinap di dalam selimut demi untuk memenuhi permintaan tilam dan bantal gua. sayang rasa hati gua untuk melepaskan mereka bermain berdua di atas katil, gua rasa gua perlu hadir bersama untuk memberi sokongan moral.

6.30 malam

tempe tempe yang sibuk bertukang di sebelah bilik gua sudah mula beransur pulang. tapi rumah gua masih gelap. gelap gelita tanpa bekalan api dan tanpa bekalan air. perkara perkara sebegini adalah lumrah hidup dinegara yang bergelar India ini. gua dah mula kumpul kumpul kotak untuk kemas kemas barang gua untuk pindah rumah. gua fikir nk pindah ke gua berdekatan bangalore. apa bezanya kalau ada rumah tapi keadaannya macam gua. (gua yang telah dibold tu merujuk kepada gua sebenar. bukan diri gua. orait)

10 malam

message dari budak rumah gua menerpa ke hp gua. dah ada eletrik dok katanya. pergh.. 10 pagi sampai 10 malam tanpa api tanpa air. gua tak kira apa nak jadi jadi la. gua dah kumpul banyak kotak ni. nak mula pindah rumah.

Wednesday, November 10, 2010

HON

N ?
ON ?
HON yes. Gua cuma ada HON.

Monday, November 8, 2010

Gua syak banyak benda dah berlaku kebelakangan ni

Bak sket ayat ayat best untuk gua mulakan karangan malam neh. Entah mengapa tiba tiba gua macam dapat rasa yang macam macam benda dah berlaku dan macam macam lagi bakal berlaku.

Lu rasa benda benda nih ada kena mengena dengan lu tak? haa..kalau lu rasa ada, maksudnya ada la. Betul la tu, betul la. Gua rasa lu tau apa yang gua maksudkan. hahahaha.

Tengah sejuk sejuk gua lepak dalam bilik gua lepas main HON ni, teringat pulak gua cerita pasal zaman gua merempit dulu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Salam diberikan imam masjid tanda selesai solat jemaah fardu Isyak. Rempit pun rempit jugak la kan. Sembahyang kena la jaga. Siap ke masjid lagi. Tapi ni semua cerita dulu. Gua rasa gua rindu zaman zaman ni, zaman dimana gua mula berjinak dalam arena permotoran.

Sorang member gua datang menerjah. Katanya mahu meminjam peralatan memancing. Berat jugak la hati gua nak melepaskan peralatan yang gua sayang tu ke tangan dia. Tapi member punya pasal, gua usahakan jugak. Mahu ikut gua ke rumah katanya.

Sambil membonceng member gua dibelakang, gua masuk selekoh tajam area sekolah sri mutiara. srraaappp...bunyi white board gua tanda gua memang turun habis la corner tu. Tengah gua asyik melayan drag sepanjang area taman free school, member gua yang dibelakang tadi datang menerpa. Motor lu dah laju, bila lagi lu nak ada awek katanya. Gua cuma senyum sinis tanda setuju.

Motor gua cuma motor Ex5. Memang sesuai untuk dibawa merempit. Gear gua kasi set top gear. Throttle gua kasi pulas habis...tiba tiba ada sebijik kembara buat u-turn depan gua. Dengan meggunakan sepenuhnya kuasa hon yang berada pada tangan gua, gua pun hon 5 saat tanpa henti dan tanpa bernafas.

Kembara tu berhenti buat seketika. Gua bajet dia respek la gua nak lalu ni. Gua pun pulas throttle kasi full semula. Kembara yang dari tadi berhenti, gua syak dia pun tekan minyak habis juga kot tanda protes gua hon 5 saat tanpa henti.

Bamm..satu perlanggaran tak kenyal berlaku. Serious gua terbang time tu. Semuanya nampak indah, bagai bintang bintang di tepi pantai Batu Feringhi. Sempat lagi gua mengucap time tu. Kalau mati ni selamat gua, bentak gua dalam hati.

Gua jatuh terletang dijalan raya. Selipar jepun gua melayang ke sisi jalan. Helmet bergolek ke seberang jalan. Member gua terseret di tar jalan. Sunyi sepi blur tahap gaban gua rasa time tu. Tiba tiba gua dengar suara orang adeh...adeh. Hidup lagi member gua ni rupanya.

Gua cuba bangun ingin meninjau keadaan sekeliling. Berat sangat rasa kaki gua ni. Time tu baru gua perasan keadaan diri gua yang berlumuran dengan darah dan luka. kedua belah kaki, dari lutut sampai ke jari penuh dengan luka dan darah. Siku, muka penuh dengan luka. Gigi patah, hati remuk bila tengok moto gua. Terkulai layu.. mati disisi gua. Gua cuba menahan sebak didada bila terkenang waktu waktu gua bersama si dia. Anak jantan, takkan menangis bila tragedi melanda. Berbekalkan pemikiran kolot tu. Gua cuba menahan sakit yang teramat dari kaki gua ni.

Penantian adalah satu penyeksaan. Kali ni memang gua dapat rasakan maksud sebenar kata kata tu. Sambil menunggu ambulance yang jaraknya kurang dari 2 km dari tempat kejadian. Gua hanya mampu duduk dibahu jalan, sambil menahan sakit. Punyalah lama gua tunggu. Gua rasa kalau orang nak mati tunggu ambulance, 7 kali mati pun belum tentu ambulance tu sampai.

senang senang gua sambung lain.

Sunday, November 7, 2010

Hadis ke-29

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "


Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "


Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "


Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "


Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

Friday, November 5, 2010

Berfikir Sejenak

Satu hari nanti kita semua akan mati.

Tak kiralah siapa kita, dari perdana menteri sampailah ke si penggali kubur.

Selagi kita adalah insan yang bernyawa, selagi itulah kita tidak akan terlepas dari peristiwa yang dinamakan kematian.

Bukanlah bidang kuasa kita untuk mengetahui bila tibanya ajal seseorang itu samada cepat mahupun lambat.

Cumanya apa yang perlu kita tahu adalah, adakah cukup amalan kita bila ajal datang menjemput?

Adakah kita bersedia untuk kembali kepadaNya?

Adakah kita akan tergolong dalam golongan yang dijanjikan kesenangan di akhirat?

Atau kita hanya tergolong dalam golongan yang hanya mendapat kesenangan di dunia semata mata?

Atau alangkah bertambah malangnya lagi jikalau kita tergolong dalam golongan yang mendapat kesusahan di dunia dan akhirat...

Fikir fikirkanlah amalan amalan yang akan kita bawa takala kita diseru menemui Maha Pencipta.

Thursday, November 4, 2010

Gua dan tempe tempe sekalian

7.40 pagi
Gua masih ingat lagi waktu yang tertera pada henset gua. Bunyi seperti orang bergaduh di luar bilik gua. Kalau dekat Malaysia bunyi bunyi macam ni gua dah syak ada orang gaduh pakai parang semua ni. Dengan perasaan malas dan letihnya gua pun bangun dari katil lalu menjenguk ke luar tingkap.

Sepeti yang diduga. Tempe tempe kat sebelah rumah gua ni tengah bertukang. Bunyi punya lah bising. Bunyi pasir, bunyi mesin, bunyi orang jerit, bunyi auto. Bengang yang tak terhingga ikhlas dari hati gua.

Gua dengan bersusah payahnya pun tutup la semua tingkap tingkap gua ni. Jam gua kasi set balik ke pukul 8.40. Kira dalam firasat gua, kalau bangun time tu. Boleh la siap siap untuk ke kelas. Punyalah lama gua tunggu jam gua tak bunyi bunyi. Sekali dengan rasa sangsi dan penuh kesabaran. Gua perhatikan betul betul waktu masa tu. Rupanya dah pukul 10 pagi. Syabas jerit hati kecil gua. Terlepas lagi kelas Commed.

Dengan rasa marah kat tempe tempe yang buat bising dari 7.40 pagi tadi.. gua tarik selimut lalu menyambung mimpi gua.

Tuesday, November 2, 2010

==

Do you think I crumble?

Do you think I lay down and die?

yes Yes YES

Aaarrggghhhh

Gua fikir kalau seminggu tak baik jugak diarrhea gua ni. Gua nak mula tempah keranda.
Buat saiz yang sedang sedang ya pakcik bagi muat muat untuk gua. Tak nak la besar besar sangat atau sempit sempit sangat.

Sunday, October 31, 2010

Kalau member gua kena ritual bomoh, gua cuma mampu melihat dari jauh

29 Oktobe 2010 agak agak dalam 9 malam kalau ikut jam kat henset gua


Tengah gua syok syok main HON. (HON ni merupakah satu permainan yang direka semata mata nak menjatuhkan hidup gua yang serba serabot ni) Datang beberapa member ke rumah gua untuk sama sama memeriahkan lagi suasana dan situasi permainan. Maka terpaksalah gua hidang sikit makanan yang tak seberapa. Dalam pengamatan gua rumah gua ni cuma ada telur dan roti ja. Teringat pulak gua muruku yang gua bawa dari rumah masih kemas berbungkus didapur.


Dengan kedaan yang amat lapar sebab sepanjang petang tak makan. Gua pun tibai muruku tu bersama geng yang lain. Selesai bermain HON tengah gua layan cerita d internet, datang satu panggilan mengejut mengarahkan gua terus meluru ke tandas. Gua cuba menjawab paggilan tu dengan tenang dan berhemah seperti tempe melintas jalan. Perlahan, tanpa menoleh kekiri mahupun kekanan.

Hmpir setengah jam gua tenang di dalam tandas. Ini tenang sangat ni bentak gua di dalam hati. Gua pun keluar menyambung rutin gua tadi. on call on call yang macam ni terus menerus memaksa gua melawat tandas.

Tibanya pagi, gua terpaksa juga melayan panggilan yang sama. Gua syak dah 8 kali kot time ni. Panggilan mengejut ni tidak hanya berhenti disitu, muntah muntah siap. Dah la gua cuma tibai mukuru dan sebiji pisang. Semua keluar bagai empangan pecah. Dah tak da isi, pun salur makanan gua ni paksa gua keluarkan. Yang keluar hanyalah suara suara ala ala rock 80an yang penuh dgn high pitch. Sakit yang amat perut gua rasa macam ada tikus berlari lari anak sambil mengigit gigit perut gua dari dalam. Mau dekat 3 kali gua muntahkan apa yang terpendam di dalam perut gua. Semua, tiada apa yang tiggal untuk gua. Semua gua kasi tabur dalam tandas tu. Nak sangat..hamik lu.

Friday, October 29, 2010

Deras titisan titisan air jernih, laju mengalir dari pipi Mamat. Tidak pernah dia menduga yang semua ini akan berakhir dengan penamat yang begini. Jika dia tahu akibatnya begini pasti dia tidak akan bermain dengan permainan ini. Permainan yang telah membuka minda dan hatinya untuk menerima hakikat sebenar sebuah kehidupan. Permainan yang tiada pemenangnya. Permainan yang hanya berakhir dengan kesedihan dan kesengsaraan.

Fikirannya sengaja dibiarkan merewang mengenang kembali peristiwa peristiwa lampau yang telah dilaluinya bersama

Sakit sikit lama lama jadi bukit

pangg.. seperti satu tamparan yang menerpa ke muka gua yg dari tadi asyik ulang alik satu hopital mencari cari tertanya tanya dimana agaknya result blood test gua.

apa lagi yang boleh gua cakap. badan sendiri, sendiri tanggung la kan..
dengan gaya berlagak cool ala ala tiada apa yang berlaku gua balik ke rumah mencari ketenangan..

gua ingat lepas ni gua nak cuba tulis novel pulak. mana tahu ada syarikat nak publish novel gua kan..
o.haha.

Wednesday, October 27, 2010

Gua Syak Gua Ada Blog

Dah lama gua tak tulis benda yang merapu di blog gua. Gua rasa zaman zaman perubahan ni boleh membawa ke arah penulisan yang macam tu.

Buussshh.. bunyi percikan air. Sorang mamat tempe yang dalam pengamatan gua berumur dalam linkungan 30an turun dari papan gelungsur berair.

Gua perati habis mamat ni, singlet pagoda putih, bulu dada boleh buat jala, bulu ketiak boleh buat dawai basuh periuk. Perut melebar macam kuali.

Dalam pemikiran gua cuma ada satu. Apa rasa air tu kalau gua turun lepas dia? Ding!
Jackpot!

Gua rasa esok gua nak jumpa dukun patah. Kaki gua ni dah parah sangat. Kalau dia tak boleh nak patahkan jugak kaki gua, terpaksa lah gua minta bantuan bidan terjun pulak.

Cermin mata dan sepapan kekunci

Sekarang gua agak semua budak rumah gua dah tido. Gua pun lepas ni nak 'lap' skali. Sepanjang hari ni gua dengan kawan-kawan gua, kami, ramai-ramai ponteng kelas. Kalau nak diikutkan kerja ni memang kerja salah. Tapi bila dah selalu buat kerja salah, lama-lama dah rasa biasa. Kalau tak percaya gua cabar lu orang buat tengok. Itu pun kalau lu orang ada 'bran' la kan.

Kalau lu orang nak menuntut pun boleh jugak. Gua tak berapa nak pro la kan dalam bab-bab ni. kalau lu orang nak mula ponteng seminggu sekali, itu gua boleh ajar. Tapi kalau lu orang nak cuba bantai ponteng sampai seminggu sederet. Gua terpaksa mintak bantuan sifu-sifu lain. Takda hal la, semua tu kawan-kawan gua kot. Gua letak tok guru atok dan sifu pue dah cukup. Amacam?

Lokasinya lawatan hari ni gua 'pass' kat membe gua untuk letak kat blog dia. Gua kasi can kat dia untuk buat satu entry khas aktiviti-aktiviti hari ni.

Sekarang gua paling panas skali dengan kaki gua ni.

Monday, October 25, 2010

Ilmu dari MacGyver

Gua rasa time ni gua baru melangkah ke sekolah menengah. Gua syak jugak yang kalau time tu ada orang kencing gua memang gua pecaya habis la. Tu namanya zaman-zaman kedaifan gua.


Tapi bukan semua tu yang gua nak cerita kat sini. Ceritanya patut bermula dengan, disatu petang yang cerah dan agak ceria. Gua duduk di ruang tamu umah gua sambil melayan cerita di tv. Tengah gua layan syok syok, biasa la, sampai part yang selalu bikin gua panas bila layan cerita kat tv. Mestilah part iklan yang gua rasa dah makan separuh dari waktu tayangan cerita kegemaran gua. Gua tak dapat nak recall balik cerita apa yang gua layan time tu tapi gua yakin la tu memang cerita kegemaran gua. Sampai saja part iklan, mesti tangan gua ni gatal nak tukar channel lain.


Gua ingat lagi tv gua tu jenama Panasonic 14 inci yang tauke dia tak pernah terlintas langsung di minda dia untuk nak buat remote control untuk model tu. Maka dengan gaya malas dan beratnya gua bangun dari duduk dan menekan-nekan punat kat tv tu yang kadang-kadang langsung tak pernah nak dengar arahan tangan gua dengan akur. Mesti dia dengan suka hati dia nak terlajak satu channel ke depan atau buat 'derk' ja stay kt channel tu bila jari gua yang macam nak lekang ni dok tonyoh-tonyoh dia.


Bila gua tukar ja ke channel lain. Upanya tengah tayang cerita MacGyver. siapa tak kenal kan. MacGyver memang femes habis la zaman 80an tu. Gua rasa pelik jugak la. Ni cerita 80an, apa kejadah tv ni tayang cerita-cerita mamcam ni zaman 90an. Dengan tidak berlengah masa lagi, gua pun duduk melayan sambil tunggu iklan cerita kegemaran gua habis.


Kagum gua dengan ilmu MacGyver ni. Berbekalkan seutas wayar, dia dapat buka pintu rumah orang. Dia dapat buka pintu kereta orang. Gua rasa cukup sudah ilmu yang diperturunkan oleh MacGyver ni kat gua. Tanpa berlengah masa dan tanpa menghiraukan cerita kegemaran gua yang sarat dengan iklan tu. Gua pun memulakan misi mencari wayar.


Mencari wayar kat rumah gua zaman-zaman macam ni macam mencari daun mempelam kat pokok depan umah gua. Penuh, sarat satu pokok dengan daun ja. Buahnya haram, sebilik pun tak pernah tak dimakan ulat. Mentang-mentang la bapa gua kerja Telekom, semua jenis wayar dia bawa balik rumah. Tak pernah pulak gua terlintas nak tanya dia yang bos dia bagi kat dia ka semua wayar-wayar tu. Gua rasa siapa kerja Telekom time ni dapat bekalan wayar free seumur hidup kot.


Tak sampai 5 minit gua dan jumpa dah peralatan gua. Terlintas juga diminda gua nak pakai glove ala ala MacGyver bila nak buat aksi-aksi macam ni. Barula gua tak tinggal cap jari. Kalau apa-apa jadi tak boleh la orang nak salahkan gua. Sebab tak ada bukti. Misi gua seterusnya nak cari ruang yang berkunci untuk gua pecah masuk. Terjenguk-jenguk gua keluar rumah mencari 'mangsa' pertama gua. Sebiji van Subaru jinak berlabuh di halamah rumah gua. Perfecto, bisik gua dalam hati.



Gua agak-agak time tu dah nak senja. Dengan berbekalkan ilmu MacGyver yang gua tonton di tv selama hampir 3 minit. Perlahan-lahan gua masukkan wayar tu dalam lubang kunci van bapa gua. Gua cuba jolok sedalam habis dan pusing beberapa kali. 'Tap' satu bunyi yang biasa kita dengar bila kita nak buka kunci pintu kenderaan. Gua dengan muka tak bersalahnya menghalakan wayar yang tinggal separuh panjangnya dari panjang asal ke muka gua. Tak syak lagi yang bunyi 'tap' tu datangnya dari wayar yang dah terputus dua. Gua cuba juga tarik-tarik wayar yang masih tertanam dalam lubang kunci tu. Tapi semua usaha gua menemui kegagalan. Time tu kalau gua jumpa MacGyver mau gua sumbat wayar tu dalam lubang hidung dia.


Adik gua yang dari tadi tengah mengendap gua dari jauh dengan gaya 'kepohnya' berlari-lari anak menuju ke dapur mereport kat mak gua. Gua mula teringat balik ayat-ayat bapa gua petang tadi yang dia nak bawa satu keluarga makan malam hari ni membuatkan rasa sebak nak nangis dan takut menyelubungi diri gua. Berbekalkan air mata yang menitis-nitis dari kelopak mata gua, gua minta pertolonga mak gua untuk settlekan benda ni dengan bapa gua. Apa barang gua settle hal-hal macam ni dengan bapa gua seorang diri. Inila gunanya orang tengah. Dalam ingatan gua, kalau gua settle sendiri, mau juga gua kena lilit dengan wayar-wayar yang berlungguk dirumah tu kat pokok mepelam depan rumah.


Malam tu gaya bapa gua tenang. Jangan buat lagi katanya. Kalau dia tenang, gua dua kali ganda tenang la. Sejak hari tu, gua simpan ja ilmu ni. Tunggu masa dan mangsa yang sesuai untuk gua praktikkan. Jangan risau, kali ni bukan saja putus dua, putus sepuluh pun gua boleh gerenti. Tapi dapat buka tu gua tak berani nak gerenti la kan. Kalau lu ada kunci, gua gerenti boleh buka.

p/s: malam tu kami keluar juga makan malam. tapi naik kenderaan lain la.

Sesuatu yang baru bagi diri gua

Semalam gua lepak umah member gua kt Divya. Umah gua takda letrik, kat negara ni jangan tanya la sebab apa selalu takda letrik. itu semua benda biasa macam aktiviti gosok gigi setiap pagi. tak pernah ada orang nak pertikaikan pun. gua mntak la buku sket kan nak baca kat umah dia. sekali dia bagi gua buku baik punya. dengan membaca buku tu gua rasa gua nak tukar gaya penulisan gua kat blog ni buat seketika. asyik tulis benda yang setiap kali gua baca bagi gua sedih ja. biar gua tulis benda yang buat gua hepi bila gua baca pulak lah. baiklah entry lepas lepas ni gua nak ubah sket gaya bahasa, intonasi dan segala macam mak nenek lah. tapi bukan untuk selamanya pun. untuk seketika. gua nak berehat jap. rehat minda..

Saturday, October 23, 2010

Friday, October 22, 2010

Pak Akob Terus Berlari

anak muda: org tua.. hoi org tua.. baik kau lari. lari sejauh mungkin. terus berlari dan berlari. baik kau berdoa semoga aku tidak dapat langsung menjumpai kau.dan semestinya aku akn menjumpai kau. bila mana tibanya saat itu, kau akn tahu nasib kau. aku akan heret kau bersama. biar kita sama2 jahanam.

pak akob: cukup. CUKUP.

anak muda: huh..dimana kau org tua? dimana? lupakah jnji kau padaku? jgn ingt aku lupa..kerna aku sesekali tidak pernah terlupa.

pak akob: salah aku. semuanya. biarla aku berlari seketika. mencari tenaga dan keringat untuk berdepan dengan kau.

anak muda: jangan kau harap. jangan kau mimpi. baik kau pergi mati!!


dipetik dari hikayat 10 budak hitam mandi di kolam pak akob, jilid ke 3 koleksi-koleksi cerita kuno

Tuesday, October 19, 2010

That little thing that we called something

hey u
yes u
come
come here
i wanna tell u something

oops
sorry
no
i dont wanna tell u something
i just wanna tell u everything
yes, every single thing

but, why?
but, when?
but, which?
but, who?
but, what?


tahhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
screaming from inside out
like a kid lost his F mind

Tiada tajuk pun tak mengapa

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

sekian untuk hari ini.

siapa tahu mungkin hari esok akan kedengaran jeritan yang sama nada dan iramanya?

siapa pun takkan tahu.

yang ada hanyalah buat-buat tahu.

dan yang suka ambil tahu.

setiap hari adalah dipenuhi dengan jeritan-jeritan yang tidak akan sama dengan sebelumnya.

ada yang lebih kuat.

ada yang lebih perlahan.

namun ianya hanyalah sebuah jeritan.

tidak lebih dari itu.

Tuesday, October 5, 2010

What I really hope the most

I wish that what on earth that I wrote here

Whenever you read it

Yes you..

Please do not interpret it

Please do not construe it

The way you understand

Because you and me, we..

Might have dissimilar perception

Might have different sensitivity

That’s all ^^

Saturday, October 2, 2010

Takala Pak Akob Datang Menyinggah

pak akob: anak muda.. ooo anak muda..

anak muda: siapa? siapa itu?

pak akob: sudah lama tidak kita ketemu anak muda.. rindu benar rasa hati ini

anak muda: pak akobkah itu? apa benarkah tekaan aku ini?

pak akob: ya benar anak muda. ini aku..ini kau.. ini rahsia kita

anak muda: apa pula berita yang kau bawa kali ini orang tua? aku tidak faham.. mengapa perlu kau hadir disaat saat ini? apakah tidak kau tahu aku sedang bercuti sekarang ini? mengapa perlu kau membawa segala bencana diminda kau dan mencampakkan semuanya ke muka aku?

pak akob: anak muda... sabar anak muda. jangan cepat melatah. jangan cepat melenting. sengaja.. sengaja sahaja aku hadir..ingin menjenguk keadaan kau

anak muda: tidak perlulah wahai orang tua.. tidak perlu kau bermadah.. tidak perlu kau berselindung. aku kenal kau. kau adalah aku. apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai orang tua? khabarkanlah..

pak akob: baiklah jika itu yang kau mahukan. jika itu yang kau idamkan. jika itu yang kau inginkan. akan ku turutkan. akan ku khabarkan. dengarlah wahai anak muda. dengarlah nasihat si tua ini. .......... .......... ..........

anak muda: apa benar semua ini orang tua? jangan kau menguji aku.. jangan kau mempermaikan aku.. aku tidak berkenan dengan keadaan ini. keadaan dimana kau mengungkapkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.

pak akob: benar anak muda. benar.. mengapa perlu aku menipu? mengapa perlu aku berdusta? apa yang aku dapat? apa untung aku? aku hanya khabarkan apa yang aku rasa.

anak muda: mengapa kau membuatkan aku merasa yang kau begitu mentah wahai orang tua? itu sepatutnya ayat ayat yang hadir dimindaku. itu ayat ayat yang patut aku ungkapkan. mengapa ianya terpacul dari mulut kau?

pak akob: hahahaha. anak muda. tidak pernah wujud perkataan mentah dalam penilaian aku terhadap diri kau. begitu sukarkah bagi diri kau untuk membezakan kata kata yang mentah dengan kata kata yang jujur? walaupun kau adalah aku. tetapi kita melihat dari sudut yang berbeza. melihat menggunakan deria yang berbeza. tafsiran yang berbeza. ada kala kita sependapat. ada kala kita sepakat. tetapi itu hanya sesekali. realitinya kau dan aku setiasa berperang. perang diminda. perang yang tak berkesudahan. perang sehingga penghujungnya..

anak muda: orang tua..aku takut..

pak akob: aku faham. tidak perlu kau berbicara lebih. aku kan ada..aku akan sentiasa bersama kau

anak muda: baiklah orang tua. kali ini kita bersama dalam perkara ini. tapi ingat orang tua. jangan sesekali kau lupa. bila mana aku mendengar kata kata kau.. takala itulah kau bertanggungjawab ke atas segala yang bakal melanda. jika kau boleh mengugutku untuk mengherat ke arah kebinasaan bersama kau, jangan kau fikir aku tidak punyai keringat untuk mengeret kau pula.

pak akob: percayalah anak muda. percaya pada diri kau. percaya pada aku. kita boleh. kita sudah sepakat. kita sudah sependapat. kita hanya ada satu matlamat.

anak muda: kita tunggu dan lihat..

dipetik dari pak akob raja bersiung, jilid ke lapan hikayat siang menjadi ular malam menjadi manusia.

Monday, September 27, 2010

Assumption is only a hypothesis


Assumption is only a hypothesis
Assumption is only a conjecture
What conjecture really is?
It is only the formation or expression of an opinion or theory without sufficient evidence for proof

What you witness

What you hear

Is not always the reality

Is not always the facts

Without any experiment

Without any investigation

Without any enquiry

You will never know

You will never understand

Kg. Sabena

perjalanan ke kg menaiki bot
aku pn xtahu apa nm bot tu
tp agak besar dan selamat

transit terpaksa dibuat
menukar dr bot besar ke bot kecil
terpaksa menggunakan jeti kg sebelah
disebabkan air surut

aku ingtkn kg sebelah tu jauh berbatu batu
upanya dekat sahaja
terkejut aku
ingtkn jalan berpasir tp smuanya titi
bagai berjalan d ats titi yg xberkesudahan

cantik, cantik sgt
penuh dgn pokok2 kelapa
yg kekuning kunigan ala2 xcukup natrium
rumput yg menghijau
sg yg terbentang luas
org kg yg baik

aku suka
suka hidup d kg
boleh jala ikan
boleh pancing ikan
boleh naik bot
boleh mandi sg
boleh berkebun
boleh msk hutan

masuk shj kg
line fon pn hilang
3 hari tnpa hp
tenang
upanya teknologi bernama hp bg aku adalah satu bebanan
ya..btl

ada hp d tgn
mcm ada unstable compound
yg bakal menjadi spontaneous combustion
yg hnya menunggu masa
apa yg org tgk
apa yg org nmpak
xsemestinya itu apa yg aku rs
aku ja tahu apa aku rs
sbb aku, adalah aku

Sunday, September 26, 2010

Sabena nama diberi..

sarawak
akhirnya smpai jugak aku
ya la kn dh duk msia
rugi la kalau ke borneo pn xpernah
mat salleh dr europe, us smua dh penah smpai
xkn la kita nk kalah kt mereka d negara sndri

perjalanan d mulakn dr png menaiki flight
dari png pnya flight smpai la ke flight ke sibu
delay xabs2
apa nk buat
lepak kt airport la gamaknya

smpai d sibu dh ada yg menunggu
cian btl parents shake tggu pnya lama
kir, ni smua salh flight doe

dr sibu ke sarikei
perjalanan 2 jam lbh kot
dlm camry bersama shake semah dan uze
mcm ke night safari
melompat sana melompat sni
kalau kt night safari binatang yg melompat
tp kt sna, kami yg melompat

boleh pulak pasg lagu senario
xpasai berkarok lah dalam keta tu
lompat2 smbil karok

smpai ja umah shake
trus mkn udang sg rajang
perghh..

*sng2 nnti aku smbg lg*

Saturday, September 18, 2010

adakah ini normal?

aku suka bc ayat blog aku sndri. adakah ini sesuatu yg normal? hahaha..mgkn aku nkkan seseorg utk ckpkn ayat2 mcm tu kt aku. jd bila aku bc blog aku sndri. aku rs mcm ada org lain tgh ckp bnda tu kt aku. adoi...mgkn aku dh gila.

p/s tlg la siapa2 jwb soaln dlm entry nih. ^^

umpan buat si ikan

Cuti..
Bagus..
Sangat bagus..
Aku suka..
Suka sgt blk ke png..
Jmpa keluarga, walau sekejap..
Jmpa kwn2, walau bukan semua..

memancing..
menjala..
memang seronok..
setiap org ada persepsi sndri..
bagi aku, buknlah nk sgt memancing..
buknlah nk sgt menjala..
tp bila mana aku duduk d tepi laut..
sambil menunggu ikan meragut umpan yg menggoda...
pada saat itulah aku selalu gunaknnya utk berfikir..
ya berfikir..
byk sgt nk kena fikir..
mgkn aku patut jadi ahli fikir..

pakcik aku selalu ckp..
memancing tu kerja polis pencen..
tak kisah la apa org nk ckp..
asalkan aku, dpt masa berfikir..
sambil jari jemari memegang batang pancing..
menunggu saat sentapan ikan..
mata hilang dalam keluasan laut yg tak berkesudahan..
fikiran melayang..
terkenang..
teringat..
masa masa lalu yg telah aku tgglkn
masa masa sekarang yg bergelora bak ombak d lautan
masa dpn dengan pilihan yg bakal dibuat

sang ikan bermain main d bibir umpan..
dan tanpa diduga, tergoda.. tertarik dgn umpan yg d tabur..
tass..
tersentak aku dari lamunan..
sang ikan telah terjerat..
meronta, meraung, menagih utk dilepaskn..
maaf sang ikan..
aku tidak faham bahasamu..

tak pernah terduga..
begitu luas lautan..
dikail aku juga kau menyinggah..
lemah..terkulai layu..berdarah dibibir..
akn ku buang semua kesakitan kau sang ikan..
bila mana jasadmu tidak bernyawa..
ketika itulah segala kesakitanmu lenyap..

tak semua ikan tertarik dgn umpan
lain ikan, lain umpan
tak semua yg menyentap umpan, meragut dgn rakusnya..
ada yg hnya bermain d bibir umpan, menguji ketangkasanku..
ada yg terlepas sewaktu aku sedang menggulung tangsi batang pancing..
syg..terlepas begitu sahaja..
tak semua ikn yg aku naikkn aku bwa pulang..
ada sesetengah sengaja aku lepaskn.. kau bukan rezekiku..
kau bukan milikku..
bukn semua ikan adalah kerapu..
bukn juga semua adalah pedukang..

esok aku nk memacing lg..
d bwh jambatan pulau pinang..
persiapan perlu dibuat..
ingt, lain ikan..lain umpan.







Thursday, September 9, 2010

Pengertian 1 Syawal

Apa ertinya 1 syawal bagi diriku???

takala berada di perantauan..

takala ibu bapa dan adik tidak bersama..

takala peperiksaan yang sedang menunggu giliran..

takala saudara mara tidak nampak dimata..

takala tidak dapat menjamah juadah hari raya..

Tiadalah hari 1 Syawal itu diistiharkan hari raya.
Ianya adalah seperti hari-hari biasa.
Hari-hari biasa yang ku lalui dibumi India ini.

Kepada yang bersemangat menyambut hari raya dbumi India,
ku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Sekian, terima kasih.


Saturday, September 4, 2010

Ini Buat Kamu

ya...
ya ini buat kamu
aku buatkan khas utk kamu
ya kamu!
tiada org lain melainkn kamu.


bukan semalam kita kenal
bukan setahun kita kenal
bukan juga tiga tahun kita kenal.


tidakkah ianya membawa sesuatu maksud?
eh..eh.. nanti!!
jangan-jangan kita kawan tak?
tidakkah perkataan itu membawa sesuatu makna?


apa?
apa lagi?
apa yang aku dah buat kali ini?
aku tahu
smuanya mesti salah aku
akulah pesalah itu
yang selalu membuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup
aku tidak faham
apa lagi mengerti
mengapa aku harus duduk di kotak pesalah itu
mengapa aku?


aku bukan aku yang dulu
aku pasti dan yakin sekarang
aku yang dulu tiada lagi wujudnya


aku
aku tidak mengharapakan apa-apa pun
aku juga tidak mengkehendakkan apa-apa pun
hanya satu
ya hanya satu yang ku pinta


berdepanlah dengan aku
cakap semuanya
agar aku dapat memahami
agar aku dapai menilai
agar aku dapat mengerti
agar aku dapat dimaafkan dengan seikhlasnya.


itu saja?
ya hanya itu saja
tak perlu berlari
tak perlu bersembunyi


jika ianya berkaitan dengan aku
mengapa perlu dengar cakap orang?
mengapa perlu cerita kepada orang?
aku kan disini
bercakaplah dengan aku
ceritalah kepada aku


ya
kamu
ini memang ku tulis buat kamu
jika kamu rasa ini untuk kamu
maka kamulah orang itu
tiada lagi kutulis untuk orang lain








Thursday, September 2, 2010

Love The Way You Lie

I just don't know why, but I can't get this song out of my head..

-Yesterday is over, it's a different day-

with lyric version, for better understanding and clear meaning.

Tuesday, August 31, 2010

whee~

aku suka hari ini.
sekian.

Monday, August 30, 2010

Pak Akob vs Anak Muda

anak muda: siapa kau?

pak akob: akulah pak akob. mgkn kau tidak mengenali aku. tp aku..mmg sangat mengenali kau wahai anak muda.

anak muda: pernahkah kita bersua?

pak akob: tidak mungkin kita pernah bersua. tp aku..setiasa ada..sentiasa ada bersama kau. tak kira kemana kau pergi. selalu bersama tak semestinya aku selalu akn berbicara. bila mana kau bersendirian..bila mana kau keseorangan.. bila mana aku tahu kau perlukan aku, aku akn muncul..tidak pada zahirnya..hanya d minda.

anak muda: mengapa kau hanya hadir d saat2 begini? d manakah kau bila mana aku gembira?

pak akob: sbbnya anak muda. aku xsanggup melihat kau begini. sesat bagai anak kecil hilang d hutan..bila mana kau gembira kau buang aku nun jauh d sana. aku xkisah..aku xapa2. aku dah biasa. aku adalah kau.

anak muda: apakah? apakah yg ingin kau sampaikan org tua? aku xmengerti..

pak akob: dgr sini anak muda. dgrlah nasihat dari org tua ini. mungkin kita xselalu sependapat.. mungkin kita xselalu sepakat.. tp mengertilah..aku lebih mengenali dirimu ini lebih dari yg kau tahu.

anak muda: khabarkanlah kepadaku 'sesuatu' org tua. sesuatu yg dapat menenangkan..

pak akob: aku tidak punya banyak masa lagi anak muda. dgrlah dengan sebaiknya takala aku berbicara. "niat anak muda. luruskan niat. smuanya bermula dengan niat." apakah niat asal kau? lupakah kau? aku xkn berada dsni setiap ketika utk berbicara kpd kau tentang smua ini. bila mana aku ada, aku mahu kau faham maksudku. biarlah ianya jelas. biarlah ianya terang. biarlah ianya nyata. supaya xperlu lagi kau mengagau bagai org buta kehilangan tongkat.

anak muda: aku faham. aku mengerti org tua. apakah kau ingat smua ini mudah bagi aku? pernahkah kau hadir menyelesaikan smuanya bersama dgn aku? pernahkah? kau hanya datang dgn nasihat dan kata2 yg kau anggap dapt menyelesaikan smuanya dgn sekelip mata. kau tahu apa aku sedang fikirkan skg org tua? kau sangat pentingkan diri sendiri..

pak akob: anak muda. begitu mentah. mudah saja kau melenting. mudah saja kau menuding jari. sabar anak muda. sabar..bila sampai masanya. tahulah kau apa yg perlu kau buat.

anak muda: aahhhh..persetankan smua itu! kau boleh pergi jahanam org tua! kau boleh pergi mampos!

pak akob: kalau aku pergi jahanam.. kalau aku pergi mampos..kau mesti ingat.. aku aku heret kau bersama. biar kita bersama hidup dalam kegelapan yg tak berkesudahan itu.

anak muda: aku cabar kau org tua.. aku cabar.. itupun kalau kau mampu. apa kau fikir aku tidak punyai apa2 ilmu? apa kau fikir aku tidak pernah membuat persediaan? kau sendiri cakap yg kau lebih mengenali aku. ternyata kau salah..ternyata kau pendusta. tepuk dada tanyalah selera.

pak akob: baiklah anak muda. baiklah..jika ini yg kau mahukan. jika ini yg kau inginkan. jika ini yg kau impikan. aku akn tunaikan.. aku akn laksanakan..


dipetik dari: 'Pak Akob lima bersaudara' Koleksi Khayalan Si Anak Buluh Betong jilid ke 7

Saturday, August 28, 2010

bammm!!

jatuh bergolek semula ke tempat permulaan..
so, dh putus asa?
shit, i just hate u, myself..
i really do.


Wednesday, August 25, 2010

Stand Still

Irresistibly unstable cute poison..
Killing me from the inside..
I have nowhere to run..
Nowhere to hide..


Tuesday, August 17, 2010

Hari ini bukan hari semalam

mula mendapat rentak..
terima kaseh Ramadhan..
harap ini akan berterusan.
itu sj harapanku..

Wednesday, August 11, 2010

Siling Putih Bilik Tidurku

Bisa ku penuhi siling putih bilik tidurku dengan bintang2...

Bintang2 yang akan bersinar bila kala lampu d padam...

Yang mana antara bintang2 itu..

Ada satu bintang yg plg memikat untuk d gapai..

Akanku hulurkan tgn dari katilku..

setiap malam..

Demi meggapai bintang itu..

Dan setiap kali aku cuba menggapai..

Dan takala itulah aku sedar..

Yang aku tidak mungkin akn dapat menggapainya..

Kerana dia..

Nun jauh disana..

Jauh berlabuh pada siling putih bilik tidurku..

Dan aku hanya mampu melihat..

Dari jauh..

Sehinggalahku menutup mata..

Dan setiap pagi..

Takala aku terjaga..

Akanku teliti setiap penjuru katilku..

Dengan harapan si bintang datang menyinggah d sudut katilku..

Dan setiap pagi juga..

Adalah dipenuhi dengan hari2 hampa..


p/s : bintang2 - glow in the dark berbentuk bintang
datang menyinggah d sudut katilku - dia lekang dari siling la adoi.. itu pn nk tnya ka?









Sepetang sebelum Ramadhan 2010 di India

Terima kaseh sgt2..
Seikhlasnya dari aku..

Friday, August 6, 2010

diam

ada org pernah berkata..
diam buknlah jalan penyelesaian bg segalanya

bg aku..
diam seketika tiada salahnya

Thursday, August 5, 2010

tolong

tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong..
tolong la..tolong la siapa2

Wednesday, August 4, 2010

benar?

aku
xmenduga
kerana perkara itu
semua ini terjadi.

"Angels On The Moon"

Do you dream that the world will know your name?
So tell me your name
Do you care about all the little things
or anything at all?
I wanna feel, all the chemicals inside
I wanna feel
I wanna sunburn, just to know that I'm alive
To know I'm alive

Don't tell me if I'm dying
'Cause I don't wanna know
If I can't see the sun, maybe I should go
Don't wake me 'cause I'm dreaming
Of angels on the moon
Where everyone you know
Never leaves too soon

Do you believe, in the day that you were born
Tell me do you believe?
Do you know, that everyday's the first
Of the rest of your life?

Don't tell me if I'm dying
'Cuase I don't wanna know
If I can't see the sun
Maybe I should go
Don't wake me 'cause I'm dreaming
Of angels on the moon
Where everyone you know
Never leaves too soon.

This is to one last day in the shadows
And to know a brother's love
This is to New York City angels
And the rivers of our blood
This is to all of us
To all of us

Don't tell me if I'm dying
'Cause I don't wanna know
If I can't see the sun
Maybe I should go
Don't wake me 'cause I'm dreaming
Of angels on the moon
Where everyone you know never leaves too soon

You can tell me all your thoughts
About the stars that fill polluted skies
And show me where you run to
When no one's left to take your side
But don't tell me where the road ends
'Cause I just don't wanna know
No I don't wanna know

Don't tell me if I'm dying
Don't tell me if I'm dying

Sunday, August 1, 2010

untitled

aku
kau

saya
kamu

i
u

aku
hang

saya
awk

kami
kau

terkejut?
benar
ada 2 bnda disitu
ya 1 tu aku mmg terkejut
yang 1 lagi tu aku dah biasa
biasa saja terkena
di mana sahaja
tak kira masa
tak kira siapa

ini bukan permainan
ini bukan khayalan
ini adalah kenyataan

aku
tak pandai nak berbicara
lagi mudah bagiku untuk menulis
kerana pabila menulis
segala yang tak inginku sampaikan
mampu untuk aku padamnya

aku.
aku..
aku...

...................kosong....................

Friday, July 23, 2010

hari ini dan semalam

is this for real?
its been such a long time since i felt this way.
don play with me.
this is not a game.
if it is, i am sure of winning it.
well, if only it is a game.
u just hope it is not.

Monday, July 19, 2010

apakah?

-buat si lelaki itu-

apakah yg ingin kau buktikan?
apakah yg ingin kau lakukan?
bila mana kau pandai bermain drama..
bila mana irama beralun mulut pun membalun..

tidak perlu berdrama
tidak perlu bermadah
tidak perlu menagih
tidak perlu menangis

bukan hari ini kita kenal
bukan hari ini kita bersua
bukan besar
bukan juga kecil

aku kenal siapa kau
kau kenal siapa aku
mengapa perlu begini jadinya?
mengapa perlu kau menyalak?








Sunday, May 16, 2010

apa ertinya?

sekejap masa berlalu...
23 tahun..
hidup d dunia yg penuh pancaroba..

kata org hidup ni mudah..
kata org hidup ni sukar..
kata aku, hidup ni penuh dgn bnda2 br..
setiap hari pasti ada bnda br..
ada saat sukar dan ada saat mudah..

setiap hari aku blajr bnda br..
kalau bukan dari lecturer dan doctor..
boleh jd dr kwn2 dan melalui pemerhatian..
belajar bukn hnya secara langsung, belajar juga boleh secara tidak langsung..

benda yg paling sukar utk aku belajar adalah..
belajar membuat keputusan yg betul dan tepat..
sampai skg, aku masih lg xmampu nk membuat pilihan..
apa yg aku harap, semakin hari, pilihan akn menjadi semakin mudah..
supaya keputusan yg dibuat adalah tepat dan tidak mambawa musibah..

Wednesday, May 5, 2010

Bila Rasaku ini Rasamu?

arghh....
mengapa?
mengapa perlu begini?
mengapa perlu begini kesudahannya?
mengapa perlu begini kesudahannya atau permulaannya?
serabot btl hidup sbg org dewasa..


hmm..aku pn xfaham..
mengapa blog aku perlu ada byk persoalan..
mgkn sbb ini la persoalan yg selalu bermain d minda aku..
byk sgt.. xtahu mn 1 nk jwb..
xtahu mn 1 nk ku cari jawapannya..


tp..perlukan smuanya d jwb?
perlukan smua ni ada jwpn?
perlukah? perlukah? perlukah?


aku selalu dlm hidup ni..
ada kwn..
yg bila mn lama berkawan maka akn menjadi rapat..
tp..entah mengapa..
xtahu salah d mn..
tiba2..dgn xsemena2...
satu hari..
dia akn hilang.. bagai mimpi..


aku pn xfaham.. apatah lg mengerti..
salah aku? mgkn..tp apa?
adakah dgn berdiam diri dn terus berlari dpt menyelesaikn segala masalah?
mgkn utk seketika..tp bukn utk selamanya..


sgt rumit hidup ini..
bagaikn rambut aku skg..nk sikat pn sangkut2..
tp bila dh mula sikat.. maka segala kusut masai pn terlerai..
cuba sesekali ambil iktibar dr peritiwa aku menyikat rambut..
perlukah aku menyikat rambut d depan kamu demi semata mata utk membuka minda kamu?
sesungguhnya aku yakin bahawa tidak perlu utk berbuat begitu kerana kita sudah dewasa..
cukup hnya dgn kata2..dpt membuka minda dan lebih mengenal dunia.


sekian, terima kaseh.

eternal_ag0ny (nama pena penulis)

bunga emas (nama pena penulis) <--ada org tulis mcm ni kt blog dia.. aku gelak guling2.





Saturday, May 1, 2010

niat menolong?

lamanya xupdate blog. mgkn sbb sebok ngn bnda2 lain. hurm..apa yg bnda2 lain tu.. tah la rsnya mcm xbyk sgt pn bnda2 lain. mgkn dh malas nk menaip ngn pjg lebar.

xam commed dh dkt..study pn xlg.. tah la bila nk berubah dr sikap ni. org nk jd doc.. dia pn nk... perangai xmcm doc pn. haha..

tetiba rs obses sgt ngn photography. walaupn xpndai.. dh hnya mghasilkn karya2 yg noob lg buruk..tp dh minat.. nk wat cemana kn.. minda dh xsehaluan ngn hati.. maka jd lah clash dlm diri sndri.

hurm..bila aku tgk title br perasan yg ayat2 d ats nih xda kena mengena ngn tittle. okok..lps ja ayat ni maka mulalah tulisan2 yg berkenaan ngn tajuk d ats. sekian.


pernah tak anda mempunyai niat utk menolong?
menolong insan lain yg dlm kesusahan,
xkesah la kesusah tu skit atau pn byk,
tp anda tahu niat anda adalah ikhlas,
menolong tanpa mengharapkn apa2,
menolong demi meringankn beban org lain,
ya sy pernah...

pernah tak anda menawarkan bantuan kpd org tetapi ditolak?
ya, sy pernah...

pernah tak anda menawarkan bantuan kpd org tetapi ditolak dgn sindiran atau kata2 yg anda rs tidak logik d minda?
ya sy pernah...

full-fucking-stop


Sunday, April 4, 2010

lola

aku dh ubah warna background demi seseorg supaya beliau lbh sng utk bc blog nih... ^^

Saturday, April 3, 2010

u just run my friend.. dont jump, dont stop, just run...

lamanya xtulis blog.





pernah tak anda bermain snooker?
pernah tak anda rs yg permainan itu adakalanya melambangkan kehidupan?
mgkn jika anda melihat dr sudut yg berbeza...sudut yg selama ini xpernah anda terfikir kewujudannya.






target bola a tp bola b yg msk?
kadang2 dua2 bola a dan bola b msk?
kadang2 bola putih yg msk?
kadang2 bola tu nmpak sng ja nk msk..tp sebnarnya ssh nk msk..
kadang2 kita target bola tu tp org lain yg dpt?
kadang2 kita ditinggalkan tnpa target?
kadang2 tiada bola yg msk?
kadang2 org placing bola tu kt kita?
kadang2 tnpa diduga..bola yg xpernah kita target yg msk..
kadang2 1 bola pn xkena..
kadang2 ada penghalang didepan target kita?
kadang2 kita xsmpai pn nk pukul bola tu..
kadang2 bola tu berhenti btl2 di depan lubang..






tp smua tu kadang2 kn..apa yg selalu terjadi adalah permainan akn berakhir dengan adanya org bergelar pemenang dan pemenang itu.. tidak akn kekal lama. dia akn dicabar... mgkn dia bakal kecundang atau kekalkn kemenangan dia.






Saturday, March 20, 2010

balik atau pulang?

entah mengapa...

perasaan ini hadir tanpa ku duga...

perasaan yg sekian lama telah ku buang jauh dan jauh dari diriku sejak pertama kali aku menjejak kaki d bumi india ini...

perasaan yg tidak dpt digambarkn dgn kata2...

perasaan yg mampu membuatkn diriku tidak keruan....

perasaan yg hanya hadir d saat aku tidak memerlukannya...

perasaan bila mana melihat org pulang ke tanah air...

perasaan ingin pulang ke tanah air...

pelik bingung buntu sunyi itulah perasaan aku buat masa ni. kalau nk balik duit bukanlah halangn. maksud aku kalau setahun sekali berbelanja rm 1000 utk balik, itu tidak menjadi keberatan. tp mengapa perlu aku balik? perlukan aku mencari sebab munasabah utk pulang? mgkn aku sndri tahu sebabnya?

masalah yg kutinggalkn belum lagi selesainya.. mgkn kadang2 kita perlu lari dari masalah..tp bukn utk selamanya. mgkn utk seketika.. dan mgkn dgn cara itu jugalah masalah itu tidak akn nmpak ketara.. dan jalan penyelesaiannya semakin luas dan lebar terbentang di depan mata... atau mgkn masalah itu akn semakin rumit? berbelit-belit berselirat bagaikan rambut mami..
tp itu smua mgkn.. jawapannya bukn pada aku.. dan bukn juga pd kamu.. tp kita boleh mencari jawpn bersama..

ku pasti dan yakin.. jejaknya kakiku d msia kelak. pasti akn ada masalh baru. ianya seperti bom masa.. hnya menunggu masa utk ledakan... dengan kerelaan atau tidak semua ini harus ku harungi tanpa berpatah balik. ini yg dipanggil tekad..